Headlines News :
Home » , » Penternak Ikan Sangkar Kerugian RM15,000

Penternak Ikan Sangkar Kerugian RM15,000

Written By kbnews on Selasa, 1 Januari 2013 | 10:40 PTG


KOTA BHARU - Seramai lapan penternak ikan sangkar di Kampung Hujung Tanjung, Jambatan Pak Nik Lah di sini mengalami kerugian hampir RM150,000 apabila kesemua ikan jenis tilapia dan siakap mati bergelimpangan di kawasan terbabit kelmarin.

Penternak terbabit mengesyaki kejadian itu berpunca daripada limpahan air akibat bencana banjir yang menyebabkan ikan-ikan yang dipelihara di dalam 22 sangkar, tidak dapat diselamatkan.

Seorang penternak, Nik Zulkifli Ismail berkata, kejadian hanya disedari berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika dia datang melihat keadaan ikan di kawasan itu.

Nik Zulkifli berkata, sepanjang enam tahun menjalankan penternakan ikan di kawasan berkenaan, kejadian terbabit menyebabkan kesemua penternak di situ menanggung kerugian yang besar.

“Sebelum ini kami tidak pernah mengalami kerugian yang begitu membebankan, lagipun kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku di sini dan kami buntu dengan masalah ini yang menyebabkan kami hilang punca pendapatan.

“Sepatutnya ikan yang diperoleh benihnya dari Bukit Kluang, Besut, Terengganu yang dimasukkan ke dalam sangkar di sini sejak bulan Mei lalu dapat dijual pada sekitar Januari dan Februari akan datang namun akibat masalah ini kebanyakan ikan mati dan tidak dapat dijual kepada peraih ikan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, seorang lagi penternak, Abdul Razak Ya berharap supaya pihak berwajib dapat membantu golongan penternak yang tidak mempunyai punca pendapatan lain di kawasan itu.

“Kami juga tidak mempunyai pekerjaan sampingan lain, akibat kejadian itu punca pendapatan kami terjejas.

“Masalah ini perlu diselesaikan segera dan harapan kami, supaya pihak kerajaan termasuk Jabatan Perikanan dapat membantu menyalurkan insentif untuk kami membuat modal pusingan bagi mendapatkan benih ikan baru untuk musim depan,” katanya.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

KB News. Dikuasakan oleh Blogger.
 

Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Kota Bharu News - All Rights Reserved